Pertamanya mari kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat lllahi
kerana dengan izin dan inayah-Nya
memberikan saya amanat tentang MBMMBI. Pembaca yang dimuliakan,Falsafah
Pendidikan Kebangsaan adalah satu usaha berterusan kearah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani,emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dankepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga,masyarakat dan Negara.
Bagi mencapai hasrat murni di atas pihak
Kementerian PelajaranMalaysia telah
menggaris Dasar-dasar penting bagi menjayakannya. Dasar-dasar ini dibina
mengikut perkembangan dan peredaran
semasa. Sebelum itu, elok rasanya
kita mengetahui apakah visi dan misi
utama pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia. Visi Kementerian adalah SEKOLAH
UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG mana kala misinya pula, MEMBANGUN
POTENSI INDIVIDU MELALUI
PENDIDIKAN BERKUALITI.Selepas
berakhirnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) 2006-2010 pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia telah
banyakmemperkenalkan dasar-dasar baru bagi memantapkan lagi program
sedia ada.Pengenalan Dasar NKRA Pendidikan menumpukan perhatian
kepada 4 sub-NKRA bagi meluaskan lagi
akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
Kepimpinan sekolah ,pihak Jabatan Pelajaran juga
tidak ketinggalan pihak Kerajaan Negeri
yang sentiasa komited dan memberikan sokongan
padu memastikan pendidikan sentiasa menuju kepada
matlamat
diidamkan.
Pembaca yang dihormati,Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menambah beberapa dasar penting
bagi memartabatkan bidang
pendidikan di Negara ini.Antara dasar-dasar
baru yang dikenalkan adalah:
KSSR yang dimulai pada 2011
MBMMBI
dijalankan bagi menggantikan PPSMI
l Murid 1 Sukan
PBS
KSSM yang akan dimulakan pada 2013
MBMMBI adalah Singkatan kepada Memartabatkan BahasaMalaysia
Memperkukuh Bahasa Inggeris.Dasar ini dijalankan bagi menggantikan
program yang pada suatu masa dahulu dikenali
dengan PPsMl.Pengenalan dasar
baru ini tidak dijalankan secara drastik tetapi secara ansur-ansur
atau diistilahkan softlanding.
Sokongan dan keperihatinan dalam memartabatkan institusi
pendidikan di sekolah ini.Segala-gala
terletak di tangan para pendidik,mengemudi,menjadi pelopor,
dan pencetus serta penjana transformasi
pendidikan Negara.Banyak kejayaan yang telah dicapai olen
pelajar-pelajar dari negeri kecil
ini.Bidang koakademik dan aktiviti kokurikulum telah menaikkan nama
negeri di pesada antarabangsa pada akhir tahun lalu.Tahniah dan Syabas
kepada semua pihak yang menjelmakan kejayaan
cemerlang dan manis ini.
Sesungguhnya usaha mesti diteruskan untuk kejayaan lebih cemerlang
pada masa hadapan. Azam kita ialah sedaya upaya memanfaat segala ilmu
dalam dada dan
mengemblengkansegala tenaga dan
sumber yang diperuntukkan oleh kerajaan
kepada kita demi merakyatkan kecemerlangan kesegenap pelosok Negara
merentasi daerah, negeri dan wilayah.
Sekian,
Wabillahi
taufik walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Encik Sarmin Bin Hairi
Guru Besar SK (Felda) Bukit Waha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan