PROFIL SEKOLAH

PROFIL SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Waha mula dibina pada 1 Januari 1984. Pada waktu itu dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Bandar Easter kerana ia merupakan sekolah cawangan kepada Sekolah Kebangsaan Bandar Easter yang letaknya 2 kilometer dari sekolah ini.
Pada 1 Januari 1985 sekolah ini telah mula beroperasi. Encik Salehudin B Sulaiman, Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Bandar Easter telah diamanahkan untuk menguruskan sekolah ini.  Beliau telah dilantik menjadi Guru Besar yang pertama.
Bermula dengan 9 orang guru dan 288 orang murid, sekolah ini terus berkembang. Pada hujung tahun 1993 bilangan guru telah meningkat menjadi  38 orang dan bilangan murid menjadi 823 orang. Kepesatan pertambahan bilangan muridnya selari dengan kemasukan peneroka Felda ke Felda Bukit  Waha dan Felda Bukit Easter.
Padatahun 1985, sekolah ini mula menjalankan dua  sesi persekolahan bagi mengatasi masalah kekurangan bilik darjah. Sejajar dengan kepesatan pendidikan di peringkat kebangsaan, sekolah ini mendapat sebuah lagi blok tambahan (Blok C) di bawah Rancangan Malaysia Keenam (RMK 6).  Kerja pembinaan bermula akhir Disember 1993.

Sejak sekolah ini dibuka,  SK Felda Bukit Waha telah ditadbir oleh 12 orang Guru Besar Iaitu :

1.         En. Salehudin B Sulaiman

2.         Tn. Hj. Md.Kasim B Sapawi

3.         Tn . Hj.  Isnin B Ani
4.         Tn. Hj.  Jalil B Awang
5.         En. Azeman B Esa
6.         En. Md Nordin B Ismail
7.         Tn. Hj. Abdullah B Hj.Md.Said
8.         Tn. Hj. Roslan B Hayon
9.         En. Mohd.Tahir B Sharif
10.       Tn. Hj. Mohd. Nor B Lawang
11.       Pn. Norgayah Bt Othman
12.       Pn. Hjh. Paridah Bt Suhaimi
13.       Pn. Sharifah Mastura Bt Syed Idris
14.       En. Sarmin Bin Hairi

BARISAN PENTADBIR & STAF SOKONGAN

Guru Besar 
En. Sarmin Bin Hairi (GB)

Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran
  Pn. Norlila bt Yusof (GPK 1)

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  
Pn. Fazilah bt. Hassan(GPK HEM)

Guru Penolong Kanan Kokurikulum
En. Mohamad Paizal b. Shaari(GPK KOKO)

BARISAN GURU

En. Roslee b. Nasbon
Cik Nurhajira bt Abdul Rahman
En. Nor Aizan b. Saranah
 Pn. Nor’aidah bt. Md. Ali
Pn. Azura bt. Adan
En. Abd Rahman b. Rahim
En. Khairul Azhar b. Mohd Dom
Pn. Noraslinda bt. Aziz
Pn. Nur Basyihah bt. Baharudin
Pn. Fazilawati bt. Samsudin
Pn. Sarinah bt. Ahmad Safuan
Pn. Siti Mariam bt. Mat Yassim
Pn. Roslizawati bt. Mohamed
Cik Zaila bt. Jahari
Pn. Rabihahana bt. Surif
Pn. Malina bt. Nordin
Pn. Fatahya bt. Mohamed Ali
En. Ahmad Hilmi b. Abdullah
Pn. Norhayati bt. Ismail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan